Naib Presiden PKR Chua Tian Chang atau lebih dikenali sebagai Tian Chua bimbang tentang kempen "nakal" dalam parti yang menggesa agar Anwar Ibrahim diangkat sebagai perdana menteri yang akan datang.
Pada pandangannya, hanya pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang dapat memutuskan pemimpin mereka, bukan ahli parti atau rakyat.
Tambahan pula, kata Tian Chua, bercakap tentang isu itu akan melagakan Anwar dengan perdana menteri sekarang Dr Mahathir Mohamad dan dilihat sebagai percubaan untuk menekankan gabungan itu.
"Apabila orang fikir (siapa mereka mahu sebagai) PM kelapan, ini bermakna anda meragui proses membuat keputusan PH. (Walaupun) dengan apa yang telah diputuskan, kini anda memberi tekanan, anda perlu mobilisasi...
"Bila ia (peralihan jawatan perdana menteri) akan berlaku, bagaimana ia akan berlaku, itu keputusan yang akan dibuat kepimpinan PH. Anda tidak perlu melambaikan plakad untuk membuat keputusan itu," katanya semasa ditemu bual di pejabatnya di Perbadanan Produktiviti Malaysia di Petaling Jaya minggu ini.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment