Write For Us

Tian Chua bersalah hina anggota polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
130 Views
Published
Naib Presiden PKR, Tian Chua, hari ini didapati bersalah menghina kehormatan seorang anggota polis pada April 2013 dan didenda RM3,000.
Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Yasmin Abdul Razak, yang membacakan hukuman berkata, pihaknya berpuas hati bahawa pendakwa berjaya membuktikan kes itu melampaui keraguan munasabah.
Anggota parlimen Batu itu didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan pada 2014.
Dia didakwa mengeluarkan kenyataan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis.
Mengikut peruntukan seksyen itu, Tian boleh dipenjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Kelayakan Tian sebagai anggota parlimen boleh terbatal kerana hukuman yang dikenakan melebihi RM2,000.
Bagaimanapun Tian boleh merayu sabitan berkenaan.
Jika hukuman tersebut dikekalkan melebihi RM2,000 selepas rayuan dibuat, Tian juga tidak boleh bertanding dalam pilihan raya akan datang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment