Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyelar spekulasi terdapat beberapa lagi pemimpin Umno akan keluar parti.
Naib Presiden Umno itu juga berkata ia sengaja disebarkan bagi mematahkan semangat anggota menjelang perhimpunan agung tahunan parti (PAU) hujung bulan ini.
Beliau berkata demikian kepada Malaysiakini di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.
Ismail bagaimanapun berkata Umno akan membincangkan tindakan lanjut bagi mengelakkan anggotanya meninggalkan parti.
Umno menerima tamparan hebat apabila dua bekas menterinya Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Anifah Aman meninggalkan parti dalam tempoh tidak sampai 24 jam.
Terdapat spekulasi baru beberapa lagi pemimpin akan turut serta, melibatkan pemimpin yang dilihat tidak sebulu dengan barisan kepimpinan baru.
Malaysiakini sudah menghubungi pemimpin-pemimpin itu dan masih menunggu penjelasan mereka.
PAU akan berlangsung 29 September ini. Ia adalah yang pertama selepas parti itu hilang penguasaan 61 tahun buat pertama kali pada pilihan raya umum 9 Mei lalu.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment