Write For Us

Tidak ada SOCSO, EPF, perlu ada perundangan menjaga kebajikan mereka

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
59 Views
Published
Isu skim pembayaran baharu yang dilaksanakan Foodpanda terhadap penghantar makanan akan dibincangkan di mesyuarat Jemaah Menteri hari ini.
Demikian disahkan Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyifatkan keputusan dibuat syarikat penghantar makanan dalam talian tersebut sebagai terburu-buru.
Untuk kita selesaikan perlu ada jalan penyelesaian bersama. Esok (Rabu) saya akan bersama rakan-rakan dalam Jemaah Menteri, saya akan maklumkan secara terus kepada Perdana Menteri berkenaan masalah ini.
"Ia tidak hanya melibatkan masalah yang dihadapi penghantar makanan Foodpanda tetapi juga berkenaan sistem gig ekonomi secara keseluruhan.
Saddiq berkata demikian selepas mendengar luahan lebih 100 penghantar makanan Foodpanda dalam satu sesi dialog yang dianjurkan di rumahnya di sini, malam tadi.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment