Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd Redzuan Md Yusof berkata tidak timbul isu "wartawan cina" kerana ia ditulis atau direkod oleh pihak lain.
Dia turut bertanya kepada wartawan dalam satu sidang media hari ini, jika perlembagaan dan apa itu bangsa Malaysia itu difahami maka tidak timbul isu tentang bangsa dan kaum.
Redzuan memberitahu perlembagaan perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia supaya tidak timbul isu perkauman.
Baru-brau ini, seorang wartawan meminta Redzuan mengulas lebih lanjut berkenaan dakwaannya sebelum ini bahawa orang Melayu terlalu berkompromi mengikut kehendak rasis.
Redzuan berkata "Melayu di Malaysia sangat akomodatif. Pelbagai bangsa kena belajar perlembagaan. Apa perlembagaan kita?
"Saya nak tanya saudari, apa perlembagaan kita, apa Rukun Negara kita? Tahu tak?" jawabnya.
Wartawan itu kemudian berkata "tahu" sebanyak tiga kali bagaimanapun Redzuan serta-merta berpaling dan berkata "hah tak tahu".
Perbualan itu dirakam dan disiarkan oleh portal Malaysia Gazette.
Video klip itu turut dikongsi di laman Facebook Redzuan, menggunakan tajuk sama yang menyebut kaum wartawan tersebut.
Tajuk itu berbunyi - TERKINI : "Menteri Terkejut" Ada Wartawan Bangsa Cina Tak Tahu Perlembagaan Malaysia.
Setakat ini, video itu mendapat kira-kira 153,000 tontonan.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment