Write For Us

"Tidak kisah lawan Bhutan ker, budak sekolah ker, menang tetap menang"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
158 Views
Published
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim gembira dengan kejayaan pasukan bola sepak negara menewaskan Bhutan 7-0 pada aksi perlawanan persahabatan malam tadi.
Ketika kedudukan perlawanan pada keputusan 7-0, menerusi laman rasmi JOHOR Southern Tigers, TMJ muncul dalam video yang mengatakan baginda gembira dengan kemenangan itu.
Kata TMJ sejak beliau memegang jawatan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pasukan kebangsaan tidak pernah menang dan perkara ini telah berakhir.
"Tidak kisah lawan Bhutan ker, budak sekolah ker, menang tetap menang. Sekurang-sekurangnya ada satu kemenangan,"
"Mesyuarat (khas Jawatankuasa Eksekutif atau EXCO FAM) esok. Jadi ketika ini, jika berdasarkan rekod, saya masih presiden, esok baru bukan.
"Satu kemenangan, well done (syabas) Harimau Malaya. Terima kasih Harimau Malaya,".
Malaysia menang besar 7-0 ke atas Bhutan. Kapten pasukan, Zaquan Adha menjaringkan 4 gol. 3 lagi gol sumbangan Irfan Zakaria, Syafiq Ahmad dan juga Wan Zack Haikal.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment