Write For Us

'Tidak wajar pertikai dana RM2.6 bilion yang diterima Najib berbanding dana Soros'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
121 Views
Published
Ketua Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos menjelaskan tidak wajar mempertikaikan dana RM2.6 bilion yang diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dari penderma Arab berbanding dana yang disumbangkan Open Society Foundation (OSF) kepada gerakan yang mahu menjatuhkan kerajaan.
Jamal berkata demikian dalam sidang media selepas bertemu dengan pengurusan tertinggi Malaysiakini di sini hari ini.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysiakini, Premesh Chandran dan Ketua Pengarang Kumpulan Steven Gan sebelum ini menafikan dakwaan dana yang diperuntukkan itu bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan.
Premesh dan Gan berkata Malaysiakini adalah sebuah organisasi berita yang bertujuan untuk memastikan mereka yang memegang jawatan bertanggungjawab kepada rakyat.
Penjelasan terperinci berhubung perkara itu telah disediakan, manakala OSF juga menafikan bahawa ia didorong oleh agenda untuk menjatuhkan kerajaan.
Premesh juga telah menjelaskan bahawa geran berkenaan berkaitan KiniTV telah digunakan untuk menghasilkan program program Realiti Sarawak dan Sekilas Bumi Kenyalang.
"Pemberian geran berkenaan adalah untuk menyokong KiniTV menghasilkan lebih banyak buletin dan berita di Sarawak, yang sukar dilakukan oleh Malaysiakini, memandangkan kos yang tinggi dan kesukaran ke negeri itu," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment