Write For Us

Tiga lagi menteri lantikan senator akan dilantik - Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
82 Views
Published
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tiga lagi menteri akan dilantik menjadikan keseluruhan barisan Kabinetnya kepada 29 orang menteri.
Pelantikan tiga menteri itu hanya boleh dibuat selepas mereka mengangkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara, katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Negara di sini, hari ini.
Seramai 13 menteri dan 23 timbalan menteri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment