Write For Us

Tiga mangsa maut dikenal pasti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
96 Views
Published
Identiti tiga mangsa maut dalam kemalangan membabitkan lapan kenderaan termasuk treler di Kilometer 246.1 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Kuala Kangsar, sudah dikenal pasti.
Ketiga-tiga mangsa adalah pemandu lelaki dan dua penumpang wanita Honda BRV iaitu K Mahinderan, 56; P Aruna, 56, dan S Thavamalar, 52.
Difahamkan, kemalangan itu turut menyebabkan 10 mangsa dari beberapa kenderaan itu cedera.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Razali Ibrahim berkata, hasil siasatan awal mendapati treler berkenaan dari arah utara ke selatan mengalami masalah tayar sebelah kanan pecah.
Katanya, ia sekali gus mengakibatkan treler berkenaan hilang kawalan dan menghimpit pembahagi jalan di laluan kanan sebelum berhenti kira-kira 100 meter dari situ.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment