Write For Us

Tiga termasuk budak maut kemalangan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
106 Views
Published
Tiga termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut dalam kemalangan membabitkan Perodua Kancil dan Proton Iswara Aeroback, di Kilometer 18, Jalan Dungun-Bukit Besi, dekat Kampung Paya Kemudi, di Dungun, pada 13 Disember.
Dalam kemalangan 9.50 pagi, Shofeka Mohd Isalam, 24, maut di tempat kejadian akibat parah di bahagian kepala dan anggota badan.
Turut terbunuh ialah pemandu kereta Perodua Kancil serta kanak-kanak berusia tiga tahun yang dipercayai anak mereka.
Kemalangan itu dipercayai berlaku apabila kereta Produa Kancil dinaiki empat beranak itu dikatakan dalam perjalanan dari arah Bukit Besi menghala ke Dungun.
Sebaik tiba di tempat kejadian, Perodua Kancil itu dikatakan bertembung dengan Proton Iswara Aeroback yang datang dari arah bertentangan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung dengan kemalangan itu.
-------------------------------------

#HMETRO #METROTV



Please visit our website for more news

Please like

Please follow

And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment