Write For Us

Tindakan persoal perkara asas Perlembagaan Persekutuan perlu segera ditangani, dibanteras

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Tindakan golongan tidak bertanggungjawab mempersoalkan kesucian agama Islam, keistimewaan orang Melayu dan bumiputera, bahasa kebangsaan serta fungsi dan kedudukan Raja-raja Melayu yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan perlu segera ditangani dan dibanteras.
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, golongan ini juga tidak boleh dibiarkan daripada terus menghasut rakyat membangkit serta mempersoalkan perjanjian 'kontrak sosial' yang telah dipersetujui oleh kaum-kaum majoriti di Malaysia sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Baginda bertitah, perjanjian yang telah dipersetujui ini telah diterjemahkan ke dalam Perlembagaan Persekutuan yang diguna pakai sehingga ke hari ini.
Sultan Selangor bertitah pada program Multaqa Sultan Sharafuddin Idris Shah 2018, Seminar Pemikiran Liberalisme dan Pluralisme serta Pelancaran Buku Fatwa Warta Kerajaan Negeri Selangor di sini, hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment