Write For Us

[Tinjauan] Arahan buka kantin bulan Ramadan keterlaluan? Apa kata ibu bapa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
13 Views
Published
Pada 2013, negara dikejutkan dengan insiden pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam bilik persalinan di sebuah sekolah ketika bulan Ramadan susulan muncul beberapa gambar di media sosial.

Saban tahun juga polemik mengenai isu pembukaan kantin sekolah semasa bulan Ramadan terus timbul walaupun insiden tersebut merupakan kes terpencil.

Isnin lalu Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memaklumkan kantin sekolah akan beroperasi seperti biasa sepanjang bulan Ramadan, namun arahan tersebut dikritik seorang pemimpin PAS dengan menyifatkannya sebagai keterlaluan.

KiniTV melakukan tinjauan di sebuah sekolah kebangsaan di Kuala Lumpur bagi mendengar pandangan ibu bapa mengenai arahan Kementerian Pendidikan itu.

Wartawan: Seth Akmal
Wartawan pelatih: Tan Fu Qi
Penyunting visual: Hoi Jia Xuan
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment