Pengambilan penjawat awam baru secara kontrak dilakukan untuk tempoh singkat sebelum kabinet meluluskan dasar pengambilan baru secara tetap tetapi tidak berpencen bermula Februari ini, kata Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi.
Pengumuman secara mengejut ini menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat Malaysia, walaupun langkah tersebut tidak melibatkan kira-kira 1.6 juta penjawat awam pada masa kini namun skim pencen merupakan salah satu tarikan orang ramai untuk melangkah masuk dalam sektor tersebut.
Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata langkah itu sebaliknya telah dikaji sejak lama dulu di mana mesti ada rancangan baharu untuk mengganti skim itu bagi mengelakkan negara daripada risiko muflis dan memberi masalah kepada generasi akan datang.
Wartawan KiniTV menemubual warga kota untuk mendapatkan pandangan mereka berkenaan pengumuman tersebut, pelbagai persoalan dinyatakan sama ada adakah mereka bersetuju dengan tindakan ini atau sebaliknya.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
- Tags
- Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment