Write For Us

Tinjauan: Orang ramai gembira tol tidak dinaikkan hingga 2017

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
119 Views
Published
Keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan tol bagi 12 konsesi lebuh raya pada tahun ini dan tahun hadapan, disambut baik orang ramai.
Tinjauan KiniTV di sekitar ibu kota mendapati mereka gembira dengan keputusan tersebut dan mengharapkan agar kerajaan dapat melakukan lebih banyak perkara dalam mengurangkan beban hidup rakyat.
Baru-baru ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata
Jemaah Menteri pada 12 Oktober lalu bersetuju menangguhkan cadangan pelarasan kadar tol bagi 2016 dan 2017.
Beliau berkata demikian semasa menggulung Rang Undang-Undang Perbekalan 2017 di Dewan Rakyat pada Khamis lalu.
Lebuh raya berkenaan ialah Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), Link Kedua Malaysia-Singapura, Lebuhraya Shah Alam (Kesas), Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Butterworth-Kulim Expressway (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya Pintas Selat Kelang Utara Baru (NNKSB).
Empat lagi syarikat konsesi ialah Lebuhraya Penyuraian Trafik Johor Timur (EDL), Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE).
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment