Write For Us

[Tinjauan] Piket 'Kepung Demi Palestin' apa kata rakyat Malaysia?

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
15 Views
Published
Ratusan warga kota menyertai piket 'Kepung Demi Palestin' yang diadakan sejak selasa lalu dan dijangka berlangsung hingga sambutan ambang tahun baru ahad ini.

Beberapa khemah turut didirikan 200 meter dari Kedutaan Amerika Syarikat sebagai simbolik rakyat Palestin yang tinggal di khemah setelah kediaman mereka dimusnahkan oleh rejim Israel.

Piket yang dianjurkan oleh Sekretariat Solidariti Palestin juga diisi oleh aktiviti kerohanian seperti solat hajat dan juga disertakan dengan persembahan deklamasi puisi serta sudut pidato.

KiniTV meninjau dilokasi untuk mendapatkan pandangan pengunjung mengenai isu Palestin dan reaksi mereka terhadap piket yang sedang berlangsung itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Tags
Kinitv, Malaysia, politics
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment