Write For Us

TMJ beri amaran kepada 'Tan Sri' dan menteri yang pernah mabuk

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
183 Views
Published
Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim telahpun menjangkakan lebih awal bahawa kemenangan pemain bola sepak Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri akan mendapat perhatian individu-individu, terutama sekali ahli-ahli politik yang ingin melonjakkan kembali reputasi mereka yang sedang merundum.
Tanpa menamakan individu tersebut, Tunku Ismail menggelar 'Tan Sri' itu supaya menjelaskan kepada rakyat mengenai tajaan pelaburan MARA dan UniKL yang dipaksa untuk menaja pasukan bola sepak Kelantan, The Red Warriors.
Menurut Tunku Ismail, selain MARA, UniKL juga terpaksa mengurangkan biasiswa pelajar-pelajar Malaysia dari RM2 billion kepada RM1.3 billion bagi tahun 2016.
Kata Tunku Ismail lagi, Tan Sri tersebut sentiasa tidak berpuas hati kepadanya dan mengatanya bersifat angkuh.
Selain Tan Sri tersebut, Tunku Ismail juga memberi mendedahkan ada seorang menteri yang pernah mengadapnya dahulu supaya menerangkan kepada rakyat Malaysia, siapa wanita yang bekerja di sebuah syarikat di Johor.
Pesan Tunku Ismail lagi, jangan dikejutkan harimau yang sedang tidur.
Pemilik kelab JDT itu akan melancarkan jersi baru JDT 2017 malam ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment