Write For Us

'TMJ boleh guna ruang udara Korea Utara bila-bila masa'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
209 Views
Published
Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkenan menerima kunjungan diplomat Korea Utara menjelang perlawanan bola sepak antara kedua-dua negara di Pyongyang bulan depan.
Selain isu pusingan akhir kelayakan Piala AFC 2019, pertemuan antara Tunku Ismail dan Charge D Affairs, Kim Yu Song dari Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur itu turut membincangkan hubungan dua hala dan isu-isu semasa dunia.
"Perbincangan tersebut membuahkan hasil yang sangat positif di mana pada masa yang sama, Tunku Mahkota Johor turut memberi ucapan antara baginda dan pemimpin tertinggi Korea Utara," jelas satu kenyataan dimuatnaik Johor Southern Tigers di Facebook semalam.
Lebih menarik hasil daripada pertemuan itu, Tunku Mahkota Johor diberi penghormatan istimewa menggunakan ruang udara Pyonyang sepenuhnya dan pada bila-bila masa sekiranya baginda ingin melawat negara berkenaan.
Keadaan itu merupakan sesuatu yang jarang berlaku bagi mana-mana pemimpin dunia.
"Ini merupakan satu penghormatan tertinggi kerana sebelum ini mana-mana pihak di dunia ini perlu berhenti di Beijing terlebih dahulu," jelas kenyataan tersebut.
Malaysia perlu berada antara dua pasukan teratas dalam Kumpulan B sebelum layak ke Piala AFC 2019 yang berlangsung di Emiriah Arab Bersatu dari 5 Januari hingga 1 Februari tahun depan.
Sebelum ini, Harimau Malaya tewas 2-1 kepada Lebanon dan seri 1-1 dengan Hong Kong dalam dua perlawanan kelayakan Piala AFC.
Kuala Lumpur dan Pyonyang mempunyai hubungan dua hala sejak 1973, tetapi hubungan itu tegang awal tahun ini berikutan pembunuhan Kim Jong-nam, abang tiri kepada pemimpin diktator Korea Utara di Malaysia.
Sebelum ini, Tunku Ismail turut menyatakan kebimbangan bahawa pemain dari pasukan kebangsaan terdedah kepada unsur sabotaj sekiranya AFC memaksa Harimau Malaya beraksi di Pyongyang.
Minggu lalu, kerajaan Malaysia mengecam pelancaran peluru berpandu nuklear dan balistik Korea Utara dengan menyatakan rejim komunis itu tidak mematuhi sepenuhnya resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Ia berikutan ujian senjata berkenaan baru-baru menimbulkan ketegangan di Semenanjung Korea dan ancaman keselamatan serantau.
Malaysia adalah antara 10 negara ASEAN yang mengekalkan hubungan dengan republik itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment