Write For Us

TMJ bukan wakil rakyat - Dr M

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tanpa berselindung hari ini membidas kenyataan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mendakwa kerajaan pusat tidak merujuk Majlis Raja-raja Melayu ketika membuat keputusan menyertai Statut Rome Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).
Dr Mahathir berkata demikian kepada wartawan selepas istiadat pembukaan penggal kedua Parlimen ke-14 di Kuala Lumpur hari ini.
Tunku Ismail dalam ciapan di Twitter semalam mendakwa Putrajaya melemahkan Majlis Raja-raja Melayu dengan tidak merujuk kepada mereka.
Pada Jumaat lalu, Tunku Ismail mendakwa langkah kerajaan untuk menyertai Statut Rome akan menjadikan Raja-raja Melayu tidak relevan dan memberi kesan kepada kedudukan Melayu dan Islam di Malaysia.
Wisma Putra semalam dalam satu kenyataan berkata kedudukan Seri Paduka tidak akan terancam.
Wisma Putra juga berkata Dr Mahathir pada 26 Disember 2018 telah menulis kepada pemangku Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Sultan Nazrin Shah berkenaan Statut Rom.
ICC telah ditubuhkan di bawah Statut Rom dan telah berkuat kuasa pada tahun 2002.
Ia merupakan mahkamah jenayah antarabangsa yang pertama berasaskan triti dengan matlamat melaksanakan siasatan dan dakwaan ke atas mana-mana individu yang disyaki melakukan jenayah antarabangsa yang sangat serius seperti genosid, jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah pencerobohan.
Setakat 4 Mac 2019, sejumlah 124 negara telah menyertai Statut Rom.
Antaranya negara yang mengamalkan sistem raja beperlembagaan seperti Belgium, Kemboja, Denmark, Jepun, Jordan, Lesotho, Liechtenstein, Luxembourg, Belanda, Norway, Samoa, Sepanyol, Sweden dan United Kingdom.
Jemaah Menteri kemudiannya memutuskan supaya negara menyertai statut berkenaan pada 12 Dis tahun lalu.
Keputusan Jemaah Menteri itu telah disembahmaklum kepada Yang di-Pertuan Agong ke-16, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah pada 15 Januari lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment