Write For Us

TMJ, Dollah 'minum kopi'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Sekeping gambar yang dimuat naik Johor Southern Tigers di Facebook memaparkan Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Ketua Kejurulatih Pahang, Dollah Salleh meluangkan masa minum bersama di sebuah kafe, malam tadi.
Menurut kapsyen pada gambar yang dimuat naik itu ditulis "Tunku Mahkota Johor 'minum kopi' bersama Dollah Salleh."
Pertemuan antara kedua-duanya itu kurang 48 jam selepas Dollah dihukum gantung 18 bulan dan denda RM30,000 oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM kerana mengkritik pengadil selepas pertemuan Pahang dan FELDA United, 1 Julai lalu.
Bagaimanapun, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) mempertahankan keputusan Jawatankuasa Tatatertib badan induk itu dengan menegaskan Dollah boleh membuat rayuan mengurangkan hukuman yang dikenakan terhadapnya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment