Write For Us

TMJ: 'Maafkan saya'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
123 Views
Published
Tunku Ismail Sultan Ibrahim sedia menjadi “musuh nombor satu” sekiranya tindakannya menegur kerajaan tidak disenangi.
Menerusi catatan di Facebook rasminya, Tunku Ismail berkata kritikannya terhadap Pakatan Harapan (PH) sekarang tidak ada bezanya dengan teguran yang dibuat ketika zaman pemerintahan BN.
Tunku Mahkota Johor itu turut menambah beliau membuat demikian semata-mata kerana mahukan yang terbaik untuk rakyat.
Sebelum pilihan raya umum ke-14 (PRU14), Tunku Ismail antaranya mengingatkan rakyat untuk tidak “menukar kapal” jika kapal tersebut berjalan dengan baik selama berpuluh tahun.
Selain itu, Tunku Ismail juga mengingatkan rakyat tidak mudah tertipu dengan “individu lidah bercabang” yang menurutnya bimbangkan masa depan anaknya dan bukan untuk menyelamatkan negara.
Melalui kenyataan itu juga, Tunku Ismail turut menggesa parti politik berhenti berperang antara satu sama lain dan mulai mentadbir negara dengan baik.
Disamping itu Tunku Ismail turut mengakui kadang-kadang beliau turut melakukan kesilapan, justeru Tunku Ismail memohon maaf diatas kesilapan yang beliau lakukan.
Dalam masa yang sama ditahun baru 2019 ini, Tunku Ismail mengajak semua pihak untuk melakukan apa yang patut sekarang, kurangkan berpolitik, kurangkan mempopularkan apa yang ada di media sosial dan melakukan keputusan yang lebih baik.
Selain itu Tunku Ismail turut mengajak semua pihak berkerjasama dan menghormati ruang dan tugas masing-masing disamping berkhidmat kepada rakyat dan melaksanakan yang terbaik untuk negara.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment