Write For Us

TMJ: Siapa suruh bina stadium mahal di tengah hutan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
131 Views
Published
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengulas mengenai prestasi Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) dalam menguruskan penswastaan liga Malaysia 2017.
TMJ berkata FMLLP melakukan kerja dengan baik namun boleh diperbaiki lagi. Baignda turut memberi contoh tentang kritikan terbaru yang diterima FMLLP berkenaan penukaran tempat perlawanan Felda United dan Johor Darul Ta'zim (JDT).
"Macam hari itu, tukar venue(tempat), Felda lawan JDT di Shah Alam. Kemudian timbul pula teori kita (JDT) yang mahu mensabotaj (menukar tempat)"
"Pihak Felda sendiri yang beritahu saya, Tunku, kita sendiri pun tak suka main di sini, stadium ini tengah-tengah hutan.Terima kasih lagi bagus"
TMJ menambah Felda berlatih di Kuala Lumpur tetapi harus bermain di Jengka. Di dalam undang-undang Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), tiada pasukan harus menjalani masa perjalanan lebih 30 minit.
Terang TMJ untuk perlawanan itu hotel penginapan biasa JDT penuh dan mereka harus menepuh perjalanan sejauh 1 jam 30 minit.
"Kalau dia (Felda) boleh book(tempah) hotel berdekatan untuk satu musim bagi kesemua pasukan yang datang.kami lebih gembira untuk bermain di Jengka"
Sindir TMJ "itu adalah kemudahan ya gharus disediakan oleh pasukan tuan rumha. Itulah pasal, siapa suruh bina stadium mahal-mahal di tengah hutan".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment