Write For Us

TMJ tinggalkan JDT, bola sepak jika...

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
190 Views
Published
Detik dan saat kelam kabut prestasi pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) sudah pasti menyedihkan buat peminat setia Harimau Selatan.
Namun itu mungkin tiada apa-apanya jika dibandingkan dengan kenyataan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahu meninggalkan dunia bola sepak.
gempar apabila hantaran di laman Facebok rasmi JOHOR Southern Tigers (JST), kenyataan Tunku Ismail yang juga merupakan Tunku Mahkota Johor (TMJ) akan meninggalkan segalanya tentang bola sepak jika prestasi JDT tidak kembali gah amat merisaukan.
"Saya akan pulang esok. Bukan sahaja pasukan akan berubah tetapi cuaca juga akan berubah. Tidak percaya? Kita lihat nanti.
"Baru-baru ini saya sudah menandatangani dua pemain baharu kami. Pada Mei nanti JDT akan menjadi sebuah pasukan yang berbeza.
"Jika prestasi pasukan tidak meningkat selepas ini seperti mana yang saya yakin, saya akan lepaskan segala-gala yang berkaitan dengan bola sepak untuk selama-lamanya. Ini kerana saya yakin mereka akan berikan persembahan terbaik," katanya dalam kenyataan itu.
Hantaran itu menerima pelbagai reaksi balas penyokong dengan beranggapan TMJ akan meninggalkan JDT.
Namun pada ruangan komen itu pengendali laman JST tampil menjelaskan bahawa kenyataan TMJ itu adalah kenyakinan tinggi baginda JDT akan kembali berprestasi seperti sebelumnya.
"Cuba faham maksud baginda (TMJ) betul-betul. Baginda sayangkan bola dan tidak mungkin ingin tinggalkan JDT. Baginda yakin pasukan akan 'perform' (mempamerkan persembahan terbaik) selepas ini dan jika tidak 'perform' baginda sanggup tinggalkan bola sepak selama-lamannya.
"Ia seperti berbunyi jika pasukan tidak 'perform' baginda akan kerat jari baginda. Itulah yang cuba di sampaikan. Bukan kalau pasukan tidak 'perform' baginda ingin angkat kaki," kata pengendali laman JOHOR Southern Tigers.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment