Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed sepatutnya meninggalkan Umno lebih awal, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
"Barangkali dia dah sedar (tapi) lambatlah sikit. Patut sedar awal lagi. Umno dah rosak baru nak keluar la ni. Tak apalah," katanya kepada pemberita di Anugerah Francais Malaysia 2018 di Putrajaya malam tadi.
Ditanya sama ada Mustapa akan dialu-alukan sekiranya menyertai Pakatan Harapan, Mahathir berkata bekas pemimpin Umno itu perlu menunjukkan beliau berbeza daripada sebelum ini.
"Kalau nak join PH kena tunjuk dia berlainan dari dululah," katanya tanpa mengulas lebih lanjut.
Terdahulu Mustapa berkata beliau mengambil keputusan meninggalkan Umno setelah membuat beberapa pemerhatian terhadap lanskap politik negara.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment