Write For Us

Tokoh agama tak perlu tunjuk siapa paling ‘champion’

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
90 Views
Published
Penasihat Agama Jabatan Perdana Menteri menasihati golongan agama di negara ini supaya tidak berkelahi sesama sendiri atau berlumba-lumba untuk menjadi juara dalam mengeluarkan idea masing-masing.
Tan Sri Abdullah Md Zin berkata, golongan itu seharusnya perlu menerima perbezaan pendapat antara satu sama lain.
“Bukan sahaja (mereka) tak patut kelahi, janganlah nak jadi champion (juara) dengan idea-idea kita yang rasa kita sahaja yang betul. Sedangkan perkara itu hanya khilafiyah (perbezaan pandangan).
“Kenapa tak boleh berbeza pendapat nak sama kan dengan pendapat kita,” katanya kepada pemberita selepas Program Syarahan Perdana Wasatiyyah di Hotel Royal Chulan.
Abdullah berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah wal Jamaah Malaysia (Aswaja) Zamihan Mat Zain bahawa Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tidak layak menjadi mufti.
Mengulas perkara itu, Abdullah bagaimanapun berkata penjelasannya itu tidak dibuat secara langsung kepada mana-mana individu.
Abdullah turut mengimbas kembali pertemuannya dengan Ketua Jabatan Hal Ehwal Agama Turki, Prof Dr Mehmet Gormez yang berpendirian perbezaan pendapat mengenai akidah perlu dielakkan diperdebatkan bagi mengelak salah faham masyarakat.
“Mana boleh debat tentang akidah di tempat umum, kita nak ajak orang kepada kebaikan.
“Tuhan itu satu sahaja. Tiba-tiba nak pergi (bahas) kepada pandangan terperinci, tentu akan berbeza. Jadi yang perincian-perincian itu tak payah dikembangkan.
“Saya tak tuju kepada sesiapa, bukan kepada mufti itu ke, Aswaja ke tidak, kerana kalau kita perincikan, tidak akan selesai (masalah),” katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment