Write For Us

"Tolonglah kongsikan cerita ini bila balik kampung"

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
103 Views
Published
Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mahu rakyat negara ini terus membincangkan dakwaan saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan 1MDB sepanjang sambutan Aidilfitri.
Katanya, perbincangan harus tertumpu kepada dakwaan bahawa sejumlah AS$ 27.3 juta yang didakwa diselewengkan dari 1MDB telah digunakan untuk membeli barangan kemas termasuk berlian untuk isteri “Malaysian Offical 1 (MO1)”.
Beliau berkata demikian pada satu sidang media di ibu pejabat BERSATU di Petaling Jaya, hari ini.
DOJ dalam pemfailan terbaru pada Khamis, 15 Jun lalu mendakwa bahawa derma AS$ 620 juta yang kononnya dikembalikan oleh MO1 kepada putera Arab Saudi telah sebaliknya digunakan untuk membeli barangan kemas untuk isteri MO1.
Ini termasuk kalung bernilai AS$ 27.3 juta yang mempunyai sebutir loket berlian merah jambu 22 karat untuk "isteri MO1."
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan, tahun lalu mengesahkan bahawa MO1 adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Perdana menteri juga berulang kali menafikan dirinya menyalahgunakan dana awam untuk kepentingan peribadi dan mendakwa pertuduhan itu dibuat oleh mereka yang mahu menggulingkannya.
Abdul Rahman berkata hakikat bahawa Najib tidak dinamakan dalam pemfailan DOJ menunjukkan bahawa perdana menteri bukanlah menjadi susjek siasatan.
Malah, Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali turut membersihkan Najib daripada sebarang salah-laku.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment