Write For Us

Tonton Liga Super secara 'online', FAM-FMLLP menterai perjanjian dengan iflix

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
102 Views
Published
Perlawanan bola sepak tempatan bakal boleh ditonton secara langsung atas talian khususnya Liga Super Malaysia 2018.
Persatuan Bola Sepak Malaysia dan Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) telah memeterai perjanjian bernilai RM13 juta semusim bersama penyedia kandungan strim, iflix.
Ketua Pegawai Eksekutif Kerjasama Liabiliti Bola Sepak Malaysia Berhad (FMLLP), Kevin Ramalingam ketika menerangkan mengenai kerjasama terbabit berkata, terdapat dua siaran langsung di televisyen, dua di laman web (akan diumumkan Khamis ini) dan dua di iflix.
Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ) berkata sudah masanya bola sepak dikembalikan kepada rakyat.
"Sukan ini adalah sukan rakyat dan inovasi sebegini perlu pada era digital".
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment