Write For Us

Tony Pua tegur Najib, atasi masalah inflasi

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
140 Views
Published
Ahli Parlimen DAP-Petaling Jaya Utara, Tony Pua mengingatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak hanya menumpukan perhatian pemberian 'gula-gula' kepada rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang, sebaliknya melaksanakan tanggungjawab sebagai Menteri Kewangan untuk mengatasi masalah inflasi.
Pua berkata ini kerana Jabatan Perangkaan telahpun mengeluarkan angka terkini bagi September lalu di mana kadar inflasi dicatat setinggi 4.3 peratus, lebih tinggi daripada 3.7 pada bulan sebelumnya.
"Dua tahun lalu bila GST dilaksanakan oleh pihak kerajaan, menteri-menteri termasuk Menteri Kewangan memberikan janji bahawa kesan inflasi akan menjadi satu perkara sementara sahaja iaitu selepas GST dilaksanakan, tentu akan ada inflasi meningkat lebih kurang satu tahun selepas itu akan stabil dan menurun.
"Kita minta supaya Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan Bajet akan datang, jangan sahaja menghebohkan pencapaian GDP yang tak ada orang rasa, tetapi melaksanakan langkah-langkah tertentu dan spesifik untuk mengatasi masalah inflasi yang rakyat sekarang menghadapi.
"Kalau kita tidak dapat mengatasi keadaan inflasi ini, ini bermaksud kekayaan rakyat akan menguncup," kata Pua pada sidang media di Dewan Rakyat hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment