Write For Us

Tony Pua tuntut Irwan cari kebenaran dalam isu 1MDB

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
120 Views
Published
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menggesa Pengerusi 1MDB, Tan Sri Irwan Serigar Abdullah segera mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menyiasat kebenaran dalam kemelut skandal 1MDB demi kepentingan rakyat.
Tony mempersoalkan sekiranya Irwan, yang juga Ketua Perbendaharaan Malaysia di Kementerian Kewangan, akan menuntut keadilan bagi rakyat supaya pihak bertanggungjawab ke atas pemalsuan dan penipuan terbabit akan diambil tindakan sewajarnya.
"Saya nak rujukkan soalan ini kepada Irwan dan juga pengerusi baru yang dilantik tahun lalu selepas lembaga pengarah dulu letak jawatan.
"Adakah Irwan akan mempertahankan menuntut keadilan bagi rakyat Malaysia, pembayar cukai, supaya pihak bertanggungjawab ke atas pemalsuan dan penipuan ini akan diambil tindakan sewajarnya. Atau Irwan akan seperti pengerusi yang lalu, yang terpaksa meletakkan jawatan (indisgrace)?
"Kita harap beliau akan mengambil tindakan sewajarnya, saya tahu ini bukan salah dia. Dia tidak terlibat dalam transaksi ini. Sekarang dia adalah Pengerusi 1MDB. Dia wajar ambil tindakan untuk melindungi kepentingan rakyat," katanya pada sidang media di Parlimen hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment