Empat atlet berbasikal Malaysia termasuk dua atlet Para ASEAN dan ketua jurulatih cedera selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda di Lebuh raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) dekat sini, pagi ini.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supt Ruslan Abdullah berkata kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 10.45 pagi ini di Km 12.6, ketika mereka berbasikal dari arah Ijok, Kuala Selangor menghala ke Rawang.
Beliau berkata mereka kini menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Sungai Buloh.
Berdasarkan maklumat awal, pemandu kenderaan itu disyaki sedang cuba menukar lorong untuk menuju ke Bandar Tasik Puteri, Rawang apabila tiba di lokasi itu dan dilaporkan bergegas meninggalkan tempat kemalangan selepas itu, katanya ketika dihubungi di sini. - BERNAMA
(Video kiriman pengguna media sosial)

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment