Perbincangan dan kajian sedang dijalankan untuk membenarkan gelembung perjalanan atau 'travel bubble' secara langsung ke wilayah berstatus hijau dan bukan lagi tertumpu negara tertentu secara keseluruhan dalam usaha menghidupkan semula pelancongan antarabangsa.
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy Shukri, berkata pelaksanaan 'travel bubble' tidak akan menumpu terhadap sesebuah negara secara keseluruhan kerana terdapat wilayah tertentu yang didapati terjejas dengan penularan COVID-19.
Justeru, beliau berkata pihaknya secara berterusan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan Kementerian Luar bagi mengetahui keadaan semasa di negara berkenaan.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang bertanya status pelaksanaan gelembung perjalanan antara Malaysia dengan negara luar yang berstatus hijau.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment