Write For Us

Tuan Ibrahim pertahan hadis isu isytihar harta

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
81 Views
Published
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man mempertahankan kesahihan hadis yang digunakannya ketika mengulas isu usul pengisytiharan harta bagi anggota parlimen pembangkang semalam.
Anggota parlimen Kubang Kerian itu berkata beliau telah menyemak hadis tersebut.
"Sebenarnya walaupun ada ulama muktabar yang berbeza pandangan...Kita tak boleh berpegang kepada satu pandangan (untuk) semua hadis.
"Masing-masing meletakkan syarat, ada yang tepat dan kurang (tepat).
"Oleh itu kita tak boleh berpegang kepada hanya satu pandangan (berkenaan kedudukan) hadis dan berpandangan itu yang muktabar (berautoriti dan boleh dipercayai) dan menolak pandangan ulama lain," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Semalam, Tuan Ibrahim berkata pengisytiharan harta akan menjejaskan keselamatan harta dan individu yang berbuat demikian, di samping akan menimbulkan rasa dengki terhadap pihak lain.
“Ia melibatkan isteri, anak-anak.. kalau kita lihat dalam Islam, hadis nabi sebut, Tuhan bagi kamu harta, jangan kamu heboh kepada orang ramai kerana dengki orang ramai," katanya.
Kenyataan itu disanggah pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin yang antara lain mendakwa hadis tersebut sebagai palsu berdasarkan apa yang pernah dinyatakan oleh al-Imam Ibn al-Jawzi.
Menurut Wan Ji, hadi itu juga dianggap daif oleh al-Imam al-Iraqi dan al-Imam al-Sayuti, manakala Imam Ibn Abi Hatim menganggapnya sebagai mungkar.
"Ibn Abi Hatim menyatakan bahawa Khalid (bin Mad'an) tidak pernah mendengar hadis itu daripada Muaz (bin Jabal). Apabila tidak mendengar, lebih mengukuhkan lagi dakwaan bahawa hadis berkenaan adalah palsu," katanya.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment