Write For Us

Tuduh dapat RM7j, Anina saman 6 ahli BERSATU

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
91 Views
Published
Bekas anggota Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Anina Saadudin menyaman enam individu berhubung dakwaan dia menerima suapan bernilai RM7 juta daripada Umno.
Katanya empat daripada mereka ialah pemimpin BERSATU Langkawi yang dilantik oleh ketua bahagian itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun kata Anina Mahathir bukan seorang daripada enam individu yang disamannya itu.
Setakat ini Anina tidak mendedahkan identiti individu berkenaan dalam saman yang difailkannya melalui firma guaman Tetuan Abdul Aziz & Tazmin di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 12 Okt.
"Saya memfailkan tuntutan saman fitnah ini selepas berpuas hati semua proses dalaman parti dilakukan.
"Saya telah menghantar aduan kepada Jawatankuasa Disiplin BERSATU pada 2 Ogos 2017 tetapi tiada sebarang siasatan dan tindakan diambil," katanya dalam sidang media di rumahnya di Bandar Baru Bangi, Selangor hari ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment