Write For Us

Tuduhan bodoh yang luar biasa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
143 Views
Published
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan penyokong kerajaan bahawa parti pembangkang di Malaysia telah mempengaruhi Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berhubung kes saman sivil terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) baru-baru ini.
Jelasnya tuduhan itu adalah satu kebodohan yg luar biasa.
Melalui kenyataan di entri terbaru dalam blognya, Tun Mahathir berkata, Amerika Syarikat berbeza dengan Malaysia kerana di Amerika, Presiden biasa disingkir kerana perbuatan yang salah yang dilapor oleh pegawai agensi tertentu dengan memberi contoh Presiden Nixon melalui skandal Watergate.
Manakala di Malaysia, kata beliau, mereka menjadikan wang tunai sebagai raja yg disembah, lalu sanggup mengkhianati bangsa, agama dan negara.
Tun Mahathir juga menyeru pada rakyat untuk tebus kembali maruah Melayu dan henti melindungi makhluk perosak ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment