Write For Us

Tujuh buku perubatan, kesihatan Bahasa Melayu

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
71 Views
Published
Isteri Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali melancarkan tujuh judul buku perubatan dan kesihatan sempena lawatan mesra Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (Kasih Malaysia) ke Anjung Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 2 Disember.
Buku terbitan DBP itu adalah hasil tulisan pakar perubatan daripada pelbagai pengkhususan untuk bacaan umum serta bertujuan menggalakkan lebih ramai ahli perubatan menulis buku di dalam laras Bahasa Melayu.
Sementara itu, Dr Siti Hasmah yang juga Pengerusi Kasih Malaysia turut menyampaikan hadiah kepada pemenang Pertandingan Fotografi Perpaduan 2019: Bahasa Jiwa Bangsa serta merasmikan Taman Asuhan Kanak-kanak Qistina DBP.
Pengerusi Lembaga Pengelola DBP Prof Datuk Dr Mohamed Hatta Shaharom ketika ditemui pemberita selepas lawatan berkenaan berkata, DBP sentiasa mencari penulis dan pakar bukan sahaja dalam bidang perubatan bahkan dalam pelbagai bidang untuk menulis dengan organisasi itu.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment