Write For Us

Tujuh lelaki terlibat pergaduhan ditahan

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
87 Views
Published
Polis menahan tujuh lelaki yang disyaki terbabit dalam pergaduhan di sebuah gerai makan di Jalan Chen Fook, Sabindo, Tawau, selepas kejadian itu tular di media sosial.

Kejadian kira-kira jam 11 malam itu, dirakam orang awam yang menyaksikan sekumpulan lelaki merusuh dan berlari ke dalam sebuah gerai makan sambil membaling kerusi dan peralatan di gerai terbabit.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas, berkata sepasukan anggotanya yang menjalankan Operasi Bersepadu Mencegah Jenayah terserempak dengan kumpulan lelaki terbabit berhampiran sebuah kedai serbaneka.
Siasatan lanjut mendapati motif kejadian berpunca daripada perselisihan faham.
-------------------------------------
#HMETRO #METROTV
Please visit our website for more news
Please like
Please follow
And also our
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment