Write For Us

Tulisan selar TMJ: Tamrin akan berdepan di mahkamah

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
84 Views
Published
Setelah disoal siasat hampir tiga jam berhubung tulisannya yang mengandungi selaran terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tamrin Abdul Ghafar memberitahu pemberita bahawa dia lebih suka perkara itu dibawa hingga ke mahkamah.
Kata anak sulung bekas timbalan perdana menteri Abdul Ghafar Baba itu, sekiranya hal itu dibawa ke mahkamah, barulah dia boleh mengemukakan bukti-bukti berkaitan dan pihak-pihak berkenaan juga boleh disapina oleh mahkamah.
Beliau disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Kata peguamnya, Mohd Azharul Ab Talib, laporan polis terhadap anak guamnya dibuat di Majidee, Johor, berdasarkan satu hantaran Facebook menggunakan nama Tamrin, disalin daripada tulisan asal di blognya.
Dalam tulisan berjudul 'TMJ - Bodoh Sombong Yang Tak Boleh Diajar' yang dimuat naik di blognya pada 1 Februari, Tamrin mengkritik TMJ dan kerabat diraja Johor sebagai “perampas kuasa” yang “tidak ada setitis pun darah raja”, bersama beberapa kritikan lain.
Dia juga menyatakan dia akan bertanggungjawab atas tulisannya itu dan bersedia sekiranya diambil tindakan undang-undang.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment