Write For Us

Tun Dr Mahathir lancar buku veteran perang

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
382 Views
Published
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan buku "Reminiscences of Insurrection: Malaysia's Battle Against Terrorism 1960-1990" di Wisma Perwira, ibu negara.
Buku 424 muka surat itu dihasilkan veteran perang Leftenan Kolonel (B) Mohd Azzam Mohd Hanif Ghows yang mengisahkan pergerakan tentera negara ini selepas merdeka dan bagaimana negara melindungi rakyat dalam mengharungi keadaan kucar-kacir dalam tempoh 30 tahun.
Buku itu turut menceritakan dari perspektif pasukan bersenjata, konfrantasi, kebangkitan ideologi, persengketaan dengan negara jiran, konflik dalam dan luar negara serta perbezaan sosio-ekonomi.
Tun Dr Mahathir memuji penerbitan buku berkenaan yang merekodkan masa lampau negara terutama bagaimana menentang pengganas.
Katanya, usaha itu perlu terus dilakukan supaya rakyat negara ini tidak lupakan sejarah selain penting untuk generasi masa depan.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment