Write For Us

Tun M akhirnya jejak kaki di pejabat DAP

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
137 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad, yang selama 22 tahun berkhidmat sebagai perdana menteri memomokkan DAP akhirnya menjejakkan kaki ke ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur.
Beliau bersama pemimpin utama Pakatan Harapan hadir untuk mesyuarat mingguan majlis presiden pakatan pembangkang itu.
Berdasarkan gambar yang diterbitkan organ DAP, The Rocket, Mahathir dilihat duduk di dalam bilik mesyuarat dengan di belakangnya latar logo DAP.
Mahathir yang juga pengerusi HARAPAN dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) diapit Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
Wan Azizah merupakan presiden HARAPAN sementara Lim salah seorang daripada tiga timbalan presiden pakatan itu.
Susulan pengumuman struktur rasmi HARAPAN pada Julai lalu, mesyuarat majlis presiden yang melibatkan pimpinan utama parti-parti yang terlibat diadakan setiap minggu.
Mesyuarat mingguan itu diadakan sama ada di ibu pejabat PKR, BERSATU, Amanah atau DAP mengikut giliran.
Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama mesyuarat itu diadakan di ibu pejabat DAP selepas Mahathir menjadi pengerusi HARAPAN.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment