Write For Us

Tun M menghadap Agong lagi pagi ini

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
83 Views
Published
Perdana Menteri Interim, Dr Mahathir Mohamad memasuki Pintu 1 Istana Negara pada pukul 10.55 pagi bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Dipercayai tujuan menghadap berkaitan isu politik semasa.
Kenderaan membawa Tun Dr Mahathir Mohamad keluar dari Bangunan Perdana Putra, pada jam 10.30 pagi ini.
Kelmarin, Yang di-Pertuan Agong berkenan menerima menghadap 90 ahli parlimen bagi mendengar sendiri pandangan dan menentukan sokongan kepada pihak tertentu bagi membentuk kerajaan baharu.
Dan semalam, Agong juga berkenan menerima menghadap dan mendengar sendiri pendirian baki 132 daripada 222 ahli Dewan Rakyat bagi mencari penyelesaian terbaik dalam menangani kemelut politik yang melanda negara sejak Isnin lalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment