Write For Us

'Tun M perlu sedar beliau bukan lagi Perdana Menteri'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
128 Views
Published
Tun Dr Mahathir Mohamad perlu sedar bahawa beliau bukan lagi Perdana Menteri dan tiada kedudukan untuk memastikan setiap dasar kerajaan mengikut citarasanya.
BH Online melaporkan Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang juga Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, berkata zaman sekarang berbeza dengan apa yang berlaku sekitar 1980-an hingga 1990-an ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri.
Katanya lagi, Mahathir perlu tunduk kepada perubahan semasa dan tidak boleh lagi menjadi orang yang berkuasa dalam negara tanpa kedudukan sebagai Perdana Menteri.
Abdul Rahman berkata, perubahan itu perlu difahami Mahathir dan beliau tidak perlu mengawal penggantinya untuk mengikut telunjuknya kerana zaman beliau sebagai Perdana Menteri sudah berlalu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment