Write For Us

'Tun M pernah jadi PM, tak mungkin KDN buat kerja itu'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
104 Views
Published
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata Pakatan Harapan (HARAPAN) tidak perlu risau dengan kelulusan pendaftaran gabungan parti pembangkang itu.
Kata Shahidan ini kerana Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) profesional dalam hal berkenaan.
"Tidak mungkin KDN nak sabotaj (pendaftaran PH). Tun M pun pernah jadi Perdana Menteri. Tidak mungkin KDN buat kerja-kerja itu.
"Pada saya mereka (RoS) adalah profesional (dalam memberi kelulusan kepada sebuah parti).
"Jadi mereka tidak perlu risau,” kata Shahidan kepada pemberita di parlimen hari ini.
Shahidan berkata demikian mengulas pertemuan Pengerusi HARAPAN Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Alwi Ibrahim semalam.
Terdahulu Mahathir bersama rombongannya hadir ke kementerian dalam negeri, Putrajaya bagi bertemu dengan Datuk Seri Ahmad Zahid bagi mendapatkan penjelasan status pendaftaran HARAPAN.
Bagaimanapun, dalam pertemuan itu Mahathir diberitahu gabungan parti berkenaan belum diluluskan disebabkan masalah yang dihadapi DAP dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).
Hadir bersama beliau ialah Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi DAP, Tan Kok Wai.
Bagaimanapun dalam sidang media di Parlimen Menteri Dalam Negeri itu menafikan kemewahan pendaftaran HARAPAN kerana campur tangan beliau.
Sebelum ini, ROS pernah memberi amaran kepada BERSATU atas dakwaan melakukan tiga kesalahan.
Kesalahan itu adalah tidak mengadakan mesyuarat agung tahunan, menubuhkan sayap pemuda dikenali sebagai ARMADA dan menangguhkan mesyuarat agung tanpa peruntukan dalam perlembagaan parti sehingga boleh menyebabkan parti itu dibatalkan.
Masalah DAP pula berkaitan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebelum ini yang didakwa tidak sah sehingga memaksa parti itu terpaksa mengadakannya semula, baru-baru ini.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment