Write For Us

Tun M was-was kekayaan Zahid tapi tak ada bukti

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau sentiasa meragui kekayaan sumber Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetapi tidak pernah mengambil serius kerana tidak mempunyai bukti.
"Pada masa itu dia beri laporan mulut kepada saya, saya tak ambil berat perkara itu.
"Dia bagi penerangan kononnya hasil perniagaan, walaupun saya was-was saya tidak ada bukti pada ketika itu.
"Sekarang ini patut dia jawab dari mana dia dpt wang sebegitu banyak, banyak peniaga pun tak ada duit banyak itu, saya tak pernah tengok duit banyak itu," kata Mahathir di luar Istana Negara ketika ditanya mengapa beliau tidak pernah membuat laporan rasmi mengenai perkara tersebut.
Dalam catatan blog semalam, Mahathir mendakwa pengisytiharan Zahid yang dibuat kepadanya selaku perdana menteri pada 1996 telah mendedahkan yang naib presiden Umno itu memiliki RM230 juta dalam akaun banknya.
Malaysiakini telah menghubungi pembantu Zahid, Datuk Ibrahim Yahaya untuk mengulas mengenai tuduhan Mahathir dan sedang menunggu maklum balas daripada naib presiden Umno itu.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment