Write For Us

Tun M yang 'sumbat' Anwar dalam penjara - Mas Ermieyati

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
160 Views
Published
Puteri Umno hari ini meminta supaya rakyat Malaysia menilai sendiri tindakan yang dibuat bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beliau kini bersama pembangkang.
Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, tindakan serta ucapan yang diberikan Mahathir kini dilihat tidak selari dengan apa yang pernah negarawan itu ungkapkan semasa menjadi perdana menteri.
"Dia patut ingat kembali apa yang telah dia ucapkan semasa jadi perdana menteri dan dia orang yang bertanggungjawab masukkan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim).
"Saya rasa rakyat boleh nilai sendiri apa yang keluar dari mulut Tun (Mahathir) sekarang tak sama masa dia jadi perdana menteri.
"Rakyat Malaysia, nilailah," katanya semasa ditemui pemberita selepas melancarkan program Iftar@KL 2017 sempena bulan Ramadan di Putrajaya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas soalan pemberita berhubung tindakan Mahathir semasa Kongres PKR semalam yang tidak memegang sepanduk 'Anwar PM ke-7'.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment