Write For Us

'Tunggu dan lihat'

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
99 Views
Published
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar mengambil pendekatan tunggu dan lihat berhubung isu tanah di Ijok, Selangor dan yakin Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali akan menyalahkan tindakan yang diambil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Terdahulu, Mahkamah Majistrert di Putrajaya hari ini membenarkan permohonan SPRM untuk menahan reman empat individu, termasuk dua lelaki bergelar Datuk bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan tanah milik kerajaan Selangor di Mukim Ijok.
Majistret Khir Nizam Jemari membenarkan tahanan reman SPRM untuk menyiasat keenam-enam suspek itu sehingga Sabtu ini.
Semua mereka yang berusia antara 34 tahun dan 84 tahun itu ditahan di Petaling Jaya, Selangor dan Ibu Pejabat SPRM di sini antara pukul 12.45 tengah hari dan 4 petang semalam.
Semalam, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, siasatan pihaknya merangkumi penerimaan bayaran menerusi transaksi wang kira-kira RM200 juta kepada lima syarikat iaitu masing-masing menerima lebih kurang RM68 juta, RM62 juta, RM42 juta, RM16.5 juta dan RM8.5 juta.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment