Write For Us

Tuntutan palsu, Suri rumah didakwa

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
191 Views
Published
Seorang pembantu akaun Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sebuah sekolah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, atas 28 pertuduhan menggunakan cek palsu bernilai RM20,800 sebagai tulen.

Ew Bee Hoon, 38, yang juga seorang surirumah bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan.

Wanita itu didakwa dengan curangnya menggunakan dokumen cagaran berharga palsu sebagai tulen iaitu 28 keping cek CIMB bernilai RM20,800.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Bank CIMB, Taman Putra, Ampang dan PI Auto Service Centre, Ampang Jaya, di sini antara Julai 2013 hingga Disember 2014.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment