Write For Us

Ucapan hina wanita, ini jawapan Mahathir pada KJ

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
117 Views
Published
Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan beliau ada menghina wanita dalam satu siri ceramah BERSATU baru-baru ini di Kedah.
Ia gara-gara ucapan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Jitra baru-baru ini yang menyebut beliau “tidak mahu gemuk gedempol macam isteri satu orang (itu)”.
Mahathir berkata beliau hanya menjawab kepada soalan bagaimana beliau menjaga kesihatannya.
"Saya ditanya mengenai bagaimana saya menjaga kesihatan saya. Saya kata jika anda gemuk, anda akan ada masalah. Adakah itu salah?
"Kalau dia gemuk, dia la terasa. Not my problem," jawab Mahathir ringkas.
Mahathir berkata demikian selepas majlis ceramah di Selayang, malam tadi.
Khairy dalam tweet semalam berkata bahawa Mahathir mendapat pas percuma untuk memalukan seorang wanita.
Tweet beliau turut memuat naik video yang mengandungi petikan ucapan Mahathir di Kubang Pasu pada 16 Mei.
Dalam video itu, Mahathir berkata bahawa dia adalah kurus kerana dia tidak "makan rasuah" (menerima rasuah).
"Saya tidak mahu menjadi gemuk seperti sesetengah orang ... seperti isteri orang. Apabila dia berjalan, ia seperti 'gearbox'," kata beliau membuat isyarat meregangkan siku sehingga mengundang gelak ketawa orang ramai.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment