Meskipun pilihan raya umum ke-14 dijadualkan berlangsung tidak lama lagi, maklumat tidak tepat mula disebarkan di media sosial kononnya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan menyampaikan "pengumuman khas" secara langsung di televisyen.
Khabar angin itu mencetuskan spekulasi bahawa Parlimen akan dibubarkan hari ini.
Namun semakan oleh Malaysiakini dengan beberapa sumber mengesahkan bahawa tidak ada pengumuman seperti itu hari ini.
Seorang pegawai perdana menteri ketika dihubungi oleh Malaysiakini, menafikan Najib dijadualkan membuat "pengumuman khas" hari ini.
Sementara itu, Astro Awani turut mengesahkan bahawa paparan skrin berhubung pengumuman khas dengan logonya yang disebarkan itu adalah dari paparan skrin dari visual lama pada tahun 2013.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment