Write For Us

Ucapan 'Melayu bangkit' Tajuddin dilapor pada polis

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
122 Views
Published
Pengerusi Biro Publisiti DAP Perak, Chong Zemin membuat laporan polis hari ini terhadap Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman kerana mendakwa DAP kini mengawal kerajaan dan mahu menubuhkan sebuah republik di Malaysia.
Chong yang juga ADUN Kerinji mendesak agar Tajuddin disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaaan kerana secara sengaja menghina dengan niat menjejaskan kententeraman.
Dalam laporan polis yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Ipoh, Chong berkata ucapan Tajuddin ketika Himpunan Melayu Bangkit di kawasan parlimennya tadi malam agak membimbangkan.
Antara ucapan Tajuddin ialah seperti berikut.
"DAP adalah musuh orang Melayu, musuh Islam kerana mereka hendak mewujudkan sistem tanpa Raja, mereka nak wujudkan sistem republik supaya ketua negara bukan Melayu dan bukan bergama Islam seperti di Singapura dapat dilantik," dakwa Tajuddin.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment