Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, menganggap masalah yang dihadapi umat Islam ketika ini ialah kejahilan umat dan kegagalan ulama memahami cabaran semasa.
Membuat catatan panjang di Facebooknya sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 anjuran kerajaan PH, Abdul Hadi mendakwa kegagalan tersebut menyebabkan umat Islam tidak dapat membawa agama yang sempurna menjadi petunjuk dan penyelesaian.
"Ramai kalangan umat Islam yang jahil agamanya sendiri, dan berlaku kelemahan para ulama memahami cabaran terkini, sehingga tidak berkemampuan membawa Islam yang sempurna menjadi petunjuk dan penyelesaian di sepanjang zaman.
"Masalah terkini yang dihadapi oleh umat Islam sebenarnya ialah mereka masih tidur dalam cahaya, dan orang lain pula sedar tetapi dalam kegelapan," katanya.
Abdul Hadi juga mendakwa ada kalangan umat Islam yang sesat pemikirannya kerana berjuang menegakkan pelbagai ideologi serta teori Barat tetapi pada masa sama kuat beribadah.

- Category
- TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment