Write For Us

Ulama mesti jaga tutur kata, tunjuk teladan terbaik - Yadim

E-Commerce Solutions SEO Solutions Marketing Solutions
100 Views
Published
Seseorang yang alim dalam hal ehwal agama seharusnya menunjukkan contoh yang terbaik kepada masyarakat serta bijak mengawal perbuatan, kata Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Nik Omar Nik Abdul Aziz.
Menurut Nik Omar setiap manusia boleh saja berbeza pendapat atau tidak bersetuju dengan pandangan tertentu, namun semasa menguruskannya, fakta mesti diutamakan semasa berhujah.
“Bila sebut orang alim kita kena tunjuk contoh yang terbaik. Kita boleh tak bersetuju, tapi utamakan hujah, utamakan fakta.
“Tak sepatutnya kalimah atau kata-kata yang tak selayaknya (keluar dari mulut alim ulama). Jadi, kita raikan demokrasi. Itu yang sepatutnya,” katanya kepada Malaysiakini ketika ditemui di Putrajaya, semalam.
Nik Omar berkata demikian semasa diminta mengulas kenyataan salah seorang ulama kanan PAS di media sosial semalam.
Tanpa menyebut sebarang nama anggota Jawatankuasa Ulama Pusat PAS, Mokhtar Senik, menyindir beberapa golongan sebagai tali barut parti itu dan menjadi musuh politik mereka.
Kata Mokhtar ulama - walaupun bertaraf antarabangsa - dan keturunan "tok guru atau tok garu" yang mendukung "agenda DAP".
Beri contoh terbaik
Kata Mokhtar mereka juga turut dianggap sebagai tali barut, selain berkata golongan terbabit ialah individu yang berwajah Melayu namun "berhati perut DAP".
Untuk rekod Nik Omar ialah anak kepada bekas mursyidul am PAS, Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Category
TV Saluran - TV Channel
Sign in or sign up to post comments.
Be the first to comment